Semalam, AJK PEERs 2013/2014 secara rasminya meletakkan jawatan dan diganti dengan AJK PEERs 2014/2015.
Dengan ini, saya sebagai admin blog PEERs bagi tahun 2013/2014 ingin memohon maaf jika sepanjang saya kendalikan blog ini ada terdapat sebarang kesilapan atau pun kelewatan memberitahu sebarang program yang PEERs jalankan di blog ini. Terlalu banyak memori yang tercipta dalam masa setahun ini. Rasa macam sayang pula nak lepaskan blog ini kepada AJK baru... hehe (ok, informal pula tetiba).
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada AJK PEERs 2013/2014 yang mejalankan amaanh dan tanggungjawab yang diberi serta menjaga PEERs sebaik mungkin.
Insya'Allah... nama dan jawatan AJK PEERs 2014/2015 akan diberitahu di post-post seterusnya.
Anda juga dapat melihat gambar-gambar Klinik Kaunseling,POP2014 dan AGMPEERs2014 di https://www.facebook.com/BadanPeerKaunselorUiTM
Akhir kata, terima kasih kepada Allah kerana saya merupakan antara insan yang terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga PEERs 2013/2014 dan saya juga pasti akan merindui blog PEERs ini.
Teruskan menyokong PEERs, tanpa sokongan anda siapa lah kami.
Kami, AJK PEERs 2013/2014
Wajah-wajah ceria AJK PEERs 2014/2015
Tahniah kami ucapkan :)
terima kasih semua.
I <3 PEERs
0 comments:
Post a Comment