Pengiktirafan dan Kecemerlangan

30 January, 2011 0 comments
apakah maksud cemerlang? kenapakah kita perlu cemerlang? bagaimanakah kita dinilai sebagai cemerlang?

ada yg mengatakan cemerlang adalah yg terbaik diantara yg lain. dan kecemerlangan diperlukan utk membuktikan bhw kita boleh lakukan sesuatu dgn yg terbaik jika mendapat sokongan dan dorongan. penilaian kecemerlangan seseorang dan organisasi adalah subjektif. penilaian bergantung kpd kriteria dan hak penilai.

memang kita kecewa jika usaha yg telah dilakukan terbaik yg mampu kita lakukan tidak mendapat pengiktirafan. kekecewaan boleh menjadi pendorong negatif atau mengurangkan motivasi kita utk terus berusaha dan aktif dlm aktiviti persatuan. kita manusia yg punyai perasaan. jika ikut perasaan, maka akan ada yg merajuk kerana tidak diiktiraf terhadap usaha yg dilakukan.

tetapi, kita juga manusia berilmu. tidak menang tidak bererti kita tidak cemerlang. mungkin kerana bukan rezeki kita. maka tiadalah sebarang kemenangan. yg dah berlalu tak boleh diubah. apa yg kita mampu lakukan adalah berusaha secara lebih baik dan lebih bijak lagi utk masa akan datang. kemenangan adalah bonus. yang penting, kita tahu matlamat, usaha, dan kebolehan kita. jika bukan sekarang pengiktirafan diterima, mungkin ianya akan diterima dimasa hadapan. peers sentiasa cemerlang.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 PEERs UiTM Shah Alam | TNB