Langkah Sihat Peers

11 February, 2011 2 comments
antara tujuan penubuhan peers adalah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. maka peers perlu memastikan kesihatan daripada segi fizikal, mental dan rohani selain drpd emosi.

maka saya. seorang drpd penasihat peers ingin memulakan satu aktiviti mingguan berkaitan kesihatan utk peers. program ini sebagai menyahut saranan kementerian kesihatan supaya individu melakukan 10,000 langkah dlm sehari utk menjaga kesihatan kita.

cadangan program ini adalah bermula pada jam 5.30ptg pada setiap isnin. tempat berkumpul adalah di tempat letak kereta fakulti sains sukan dan rekreasi, bangunan akademik 3, bersebelahan dgn fakulti pengajian komunikasi dan media serta fakulti sains pentadbiran. ianya berhadapan dgn fakulti pergigian. aktiviti utama adalah berjalan di sekitar kampus uitm shah alam sejauh 10,000 langkah.

sila pakai pakaian sukan dan kasut sukan yg sesuai dan selesa. elok jika ada tshirt berwarna kuning. peers dan sahabat peers boleh ikut serta dari lokasi terdekat semasa kumpulan langkah sihat peers melalui berhampiran dgn tempat masing2 jika tidak sempat ke fakulti sains sukan dan rekreasi utk bermula. 10,000 langkah seorang bukan satu kemestian. kita ikut kemampuan masing2. jom langkah sihat peers.

2 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 PEERs UiTM Shah Alam | TNB