Di antara tugas di pejabat jaringan industri dan masyarakat adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran seorang graduan uitm. kebolehpasaran atau 'employability' adalah pengukuran permintaan kepada pasaran sesebuah IPT.
Banyak perancangan telah dilakukan dan akan dilakukan di bawah pejabat pengarah kebolehpasaran di pejabat tnc jim. tugas pengarah dibantu oleh dua orang ketua, mobiliti dan latihan industri, dan kebolehpasaran graduan. matlamat utama adalah untuk memastikan graduan berupaya mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian di uitm. ini bukanlah satu tugas yg mudah kerana secarakasar, setiap semester uitm melahirkan antara 20,000 hingga 30,000 graduan.
Insyaallah, peers akan turut memain peranan dlm menjayakan program2 mobiliti dan latihan industri. sesiapa yg berminat boleh hubungi cebad, penasihat bersama peers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment