Perkampungan Peers SeMalaysia :)

20 October, 2012 0 comments





Assalamualaikum & Salam Sejahtera dear Family Peers :)


10 - 12 Oktober yg lalu, Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam telah menjadi tuan rumah untuk Perkampungan Peers SeMalaysia yg buat pertama kalinya diadakan. Tahun depan UiTM Kelantan pula insyaAllah :)
Alhamdulillah PEERs dari pelbagai cawangan UiTM berjaya dikumpulkan bersama buat julung - julung kalinya! Seronok dan teruja! Dapat jumpa family PEERs dari pelbagai negeri di Malaysia ini walaupun terpisah oleh Laut China Selatan, itu tidak menghalang ukhuwwah kami :)



Antara objektif program ini ialah ;
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan ahli PEERs seluruh Malaysia dengan cadangan penyeragaman nama, lagu, dan perlembagaan Badan Peer Kaunselor demi melahirkan suatu identiti yang sama berteraskan objektif penubuhan PEERs itu sendiri.
  •   Menyediakan medium dalam membina jaringan dan mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PEERs seluruh cawangan serta berkongsi pengalaman tentang program yang telah berjaya dilakukan selain dari perkongsian permasalahan yang dihadapi.


Namun, perkara yg paling istimewa adalah tertubuhnya Majlis Peers UiTM Malaysia. Majlis ini terdiri daripada wakil pelbagai cawangan sebagai ahli jawatankuasa PEERs UiTM peringkat Kebangsaan. Diharapkan dengan tertubuhnya Majlis ini, PEERs UiTM akan lebih mantap! 


Ok, cukup. Jom tengok gambar pula. Jom2! 


DAY 1
Pada hari pertama, cuma aktiviti ringan sahaja yang diadakan..aktiviti diketuai oleh alumni PEERs sendiri iaitu saudara Tajul Afiq atau nama glamournya, "tata" :) Selain itu, ada juga sesi soal jawab antara PEERs cawangan dan PEERs UiTM Shah Alam.













DAY 2
Pada hari kedua, ahli-ahli semua berada dalam kumpulan yang telah ditentukan. Mereka berbincang mengenai modul berdasarkan tema dan alatan yang telah ditetapkan. Kesemua ahli memerah otak untuk mencipta dan memperbaharui modul untuk dibentangkan pada hari ketiga :)

















DAY 3
Kesemua kumpulan membentangkan masterpiece masing-masing. Kesemua kumpulan mencipta modul yang sangat mantap. InsyaAllah kesemua modul yang dibentangkan ini akan dibukukan untuk dikongsi bersama-sama :) Tahniah kepada semua ! 




















0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 PEERs UiTM Shah Alam | TNB