Salam,
program PEERs seterusnya ialah Program “1 Hari, 1 Kampus, 1 Sekolah”.
Program ini diadakan untuk membina hubungan baik antara mahasiswa & mahasiswi dengan para pelajar melalui perkongsian ilmu dan pengalaman menyambung pelajaran dalam jurusan-jurusan yang diambil.
Secara tidak langsung, perkongsian ini akan memberi pendedahan serta mendorong pelajar untuk sentiasa bersemangat dan berminat dalam menimba ilmu bagi mencapai cita-cita mereka.
Disamping itu, terdapat ceramah motivasi yang akan disampaikan oleh kaunselor dari Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam dan pengisian modul serta aktiviti dalam kumpulan.
Jika anda berminat untuk menyertai program ini,
sila sms nama penuh, no pelajar & fakulti di nombor tertera.
terima kasih
event akan diupdate tak lama lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment