Benchmarking PRS IIUM (UIA) 2013

01 November, 2013 0 comments
Alhamdulillah pada 18/09/2013 PRS IIUM (UIAM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kerjaya dan Kaunseling serta berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama AJKT PEERs 2013.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan pemangku penasihat PEERs, Encik Norhisham Yacob, penasihat PRS IIUM, Puan Khairiyah Abdul Razak.

Program diteruskan lagi dengan perbentangan daripada saudara Nazrin Nazam (Presiden PEERs) yang memberi penjelasan mengenai PEERs dan aktiviti-aktiviti yang sudah dan akan dilaksanakan pada semester ini serta berkongsi pengalaman menyertai PEERs.

Seterusnya, saudara Amirul Ghaddafi (Presiden PRS IIUM) memberi ucapan serta membentangkan latar belakang dan aktiviti PRS IIUM.

Program diteruskan lagi dengan sesi dialog antara kedua-dua belah pihak. Antara topik perbincangan ialah mengenai cara mendapat tajaan dari pihak luar, cara menarik peserta, program unik yang dianjurkan serta pelbagai lagi topik yang boleh memmbantu memantapkan lagi sesebuah persatuan. Secara tidak langsung, sesi dialog ini merapatkan lagi ukhuwah antara kami dan kami juga dapat menimba ilmu yang berguna daripada pihak PRS IIUM serta perkongsian pengalaman.

Program ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata daripada kedua-dua belah pihak serta sesi bergambar sebagai tanda kenangan.

Kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

Terima kasih PRS IIUM (https://www.facebook.com/CSCIIUM) :)




0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 PEERs UiTM Shah Alam | TNB