Explorasi PEERs Ke Bukit Broga

23 March, 2011 0 comments
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/190580_1783147392950_1667456795_1736807_5732128_n.jpg
Salam, pada 20/03/2011 Seramai 30 orang ahli PEERs UiTM Shah Alam telah menawan Bukit Broga yang ketinggiannya dianggar setinggi 400m.

Pada pukul 4 pagi semua peserta berkumpul di Stesen Minyak Petronas Sekyen 7 sebelum bergerak ke Bukit Broga. Pada pukul 4.30 pagi kami memulakan perjalanan. Sebelum tiba di Bukit Broga semua peserta menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Al-Qryah, Semenyih. Alhamdulillah, kami tiba di kaki Bukit Broga dan memulakan perjalanan pada pukul 6.15 pagi. Keadaan lalaun yang licin dan gelap sememangnya meberikan cabaran kepada kami semua ketika mendaki Bukit Broga.

Walaupun masih gelap namun, hampir beratus-ratus orang dari pelbagai lapisan masyarakat turut sama-sama mendaki Bukit Broga pada hari itu. Alhamdulillah kami tiba di puncak Bukit Broga dalam masa 45 minit. 

Pemandangan di atas Bukit Broga amat cantik terutama ketika matahari terbit. Alhamdulillah kami berkesempatan menikmati keindahan tersebut. Lokasi di puncak Bukit Broga juga amat sesuai bagi sesi photoshot kerana dipenuhi lalang-lalang yang tinggi dan amat cantik.

Terima Kasih diucapkan kepada semua peserta yang sudi menyertai eplorasi ke Bukit Broga. Tidak lupa juga diucapkan kepada seorang ahli PEERs ialai Faliq Bin Salihan kerana menyediakan makanan pagi yang sangat enak dan tidak lupa juga pada Asyraf Abd Halim iaitu Ajk PEERs 2011 yang sudi menyediakan makan tengah hari yang sangat lazat terutama buah durian yang berbakul-bakul.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/197601_10150438132855584_615560583_17795633_2710378_n.jpg Antara peserta-peserta PEERs yang menyertai Explorasi ke Bukit Broga

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/200612_208020129209218_100000036971538_811545_2820178_n.jpg
Inilah ahli-ahli PEERs yang sememang 'Sporting' dan Ceria Selalu

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/199165_10150438132080584_615560583_17795627_3750077_n.jpg
Semuanya mampu ku tawan


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/190650_1783149312998_1667456795_1736808_5614034_n.jpg
Kenangan Di Puncak Bukit Broga, PEERs 2011

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 PEERs UiTM Shah Alam | TNB