Lagi Kem Di Saujana Asahan , Melaka

08 March, 2011 0 comments
Assalamualaikum,
Post sebelum ini kami telah mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua yang terlibat untuk kem asas fasilitator yang diadakan pada 4 Mac 2011 sehingga 6 Mac 2011. Untuk post kali ini kami akan menceritakan sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan selama tiga hari ini. Pada hari pertama di kem ini aktiviti yang telah diadakan ialah ice-breaking dan night walk. Night walk telah dikendalikan oleh pihak kem dengan bantuan pelatih-pelatih yang berpengalaman. Ribuan terima kasih untuk pihak kem.

4 Mac 2011

Peserta Tiba di Kem


Kaunselor Pelatih Daripada USIM




Ice Breaking

Taklimat Sebelum Night Walk

Night Walk

Pada keesokan harinya kami memulakan aktiviti dengan senaman pagi supaya peserta-peserta cergas dan cerdas. Selepas sarapan kami meneruskan slot-slot seterusnya seperti 'talk' yang diberikan oleh En. Bad & Abang Am. Aktiviti antara kumpulan turut diselitkan untuk memupuk semangat kerjasama antara pasukan. Pada sebelah petang pula, kami mengadakan aktiviti riadah iaitu 'flying fox' & 'rippling' dengan bantuan pelatih-pelatih profesional. Jom kita lihat gambar di bawah.

5 Mac 2011




Senaman Pagi


Presiden 2011 & En Bad



Sesi bersama En. Bad



Sesi bersama Abang Am



Pengarah Program & Abang Am



Aktiviti Dalam Kumpulan



Riadah Petang "Taklimat Sebelum Melakukan Flying Fox"

Untuk aktiviti sebelah malam pula, kami mengadakan aktiviti bersama alumni-alumni yang hadir dan explorace. Explorace yang dijalankan mempunyai enam check point yang perlu diselesaikan oleh para peserta.



Aktiviti Bersama Alumni




Explorace

Untuk hari terakhir, slot bersama En. Din dan sharing is caring telah dijalankan. Majlis penutup diadakan pada pukul 12.30 tengah hari hari Ahad. Sekian ribuan terima kasih untuk semua yang telah menjayakan kem ini. Diharap untuk program akan datang PeeRs akan mendapat lebih ramai ahli. Jangan lupa untuk singgah page PeeRs di facebook untuk update aktiviti terkini dan gambar-gambar program daripada PeeRs. We Love You All. Maaf andai ada silap dan salah.


En Din & Pengarah Program


Sharing Is Caring


THANK YOU!
SEMOGA PEERS SEJAHTERA SELALU















0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 PEERs UiTM Shah Alam | TNB